Hotel mewah berbentuk bakul piknik

Bangunan tujuh tingkat ini bakal melalui transformasi hebat dengan berubah menjadi sebuah hotel mewah dilengkapi 150 bilik.
Bangunan tujuh tingkat ini bakal melalui transformasi hebat dengan berubah menjadi sebuah hotel mewah dilengkapi 150 bilik.
A
A
A

OHIO - Klasik dan unik! Itulah yang digambarkan apabila sebuah bangunan direka bentuk seperti bakul piknik menarik perhatian orang ramai.

Bangunan tujuh tingkat itu bakal melalui transformasi hebat dengan berubah menjadi sebuah hotel mewah dilengkapi 150 bilik.

Bukan itu sahaja, bertaraf mewah, hotel ini dijadualkan dibuka secara rasmi pada tahun 2020.

Ia dilengkapi kolam renang, restoran, pusat kecergasan dan auditorium yang pasti menarik orang ramai berkunjung ke sini.

Laporan Daily Mail, bangunan dibina pada 1997 oleh pengasas syarikat, Dave Longaberger dengan menelan kos kira-kira £24million (RM129 juta).

Bagaimanapun, syarikat itu berpindah dari bangunan tersebut pada 2016 dan ia ditutup dua tahun kemudian dan kini dimiliki oleh pemaju hartanah Steve Coon dan rakan perniagaannya, Bobby George.

Coon berkata syarikatnya, Coon Restoration & Sealants merancang untuk menjadikannya sebuah hotel pada tahun depan.

“Kami mempertimbangkan semuanya, tetapi nilai terbaik adalah sebuah hotel.

Artikel Berkaitan:

“Ini akan kekal dengan bentuk bakul. Ia akan menjadi bakul selama-lamanya,” katanya kepada Newark Advocate.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!