Resolusi prosedur pemecatan Trump dilancar
WASHINGTON - Anggota Parti Demokrat di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) melancarkan satu resolusi, semalam yang bakal menentukan peraturan siasatan pemecatan ke atas presidennya, Donald Trump, lapor agensi berita Turki Anadolu.
Diperkenal oleh anggota Kongres Jim McGovern, yang mempengerusikan Jawatankuasa Peraturan Dewan, resolusi itu membenarkan langkah-langkah masa depan dalam siasatan itu termasuk mengeluarkan transkrip pendengaran kepada orang awam serta menubuhkan Jawatankuasa Risikan pendengaran terbuka.
Ia turut mengkehendaki Jawatankuasa Risikan mengumumkan laporan berkaitan penemuannya meskipun dengan penyusunan bagi melindungi maklumat sulit dan memberi kuasa kepada Jawatankuasa Kehakiman untuk memulakan prosiding pemecatan serta 'menggunakan prosedur tambahan jika perlu untuk menjalankan pendengaran yang adil dan cekap yang diadakan menurut resolusi ini'.
Trump dan peguamnya juga dibenarkan mengambil bahagian dalam prosiding itu.
Ia turut menugaskan Jawatankuasa Kehakiman untuk memutuskan sama ada ingin merujuk isu pemecatan itu kepada Dewan Perwakilan yang penuh. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!