GLIC, GLC perlu tumpu usaha wujudkan institusi kukuh: Dr Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan perasmian PNB Corporate Summit 2019 hari ini. -Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan perasmian PNB Corporate Summit 2019 hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu menumpukan usaha mencipta institusi yang kukuh selain merangka dasar bersifat menyokong serta infrastruktur yang diperlukan untuk menjana pertumbuhan negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan demikian, ia akan menjadi pemangkin yang akan menggalakkan sektor swasta di samping mewujudkan persekitaran positif serta kondusif yang akan melancarkan pembangunan sosioekonomi negara ini.

“GLC perlu memainkan peranan mereka dalam usaha ini untuk merealisasikan pertumbuhan ketara yang memacu negara kita, lebih-lebih lagi perniagaan dan perdagangan sedang mengalami perubahan pesat dalam persekitaran global baharu ini,” katanya semasa menyampaikan ucapan khas di Sidang Kemucak Korporat Permodalan Nasional Bhd (PNB), di sini hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!