Musim banjir, ini peringatan bomba!

Ruhisha Haris
Ruhisha Haris
A
A
A

ARAU - Walaupun ikan seperti haruan, sepat dan puyu mudah diperoleh ketika musim banjir, namun orang ramai dinasihatkan untuk menghentikan seketika sebarang aktiviti perikanan mahupun pertanian bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Penguasa Kanan Bomba Satu, Ruhisha Haris berkata, walaupun musim bah menjadi sumber pendapatan namun orang ramai digesa menjaga keselamatan masing-masing.

“Penduduk juga disarankan supaya menghentikan aktiviti perikanan seperti memukat, menjaring, memancing dan sebagainya agar perkara buruk tidak berlaku kepada mereka.

"Kita tak dapat jangka, kalau nak tergelincir dia boleh tergelincir bila-bila masa. Kalau nak jadi teruk mungkin hilang dalam banjir dan menyukarkan pihak penyelamat mencari dalam skala besar," katanya.

Katanya, ibu bapa juga dinasihatkan supaya mengawal anak-anak daripada menghampiri dan bermain di kawasan dinaiki air.

"Peringatan itu sebagai langkah berjaga-jaga terhadap apa jua ancaman bahaya hidupan liar termasuk ular hanyut atau naik ke permukaan disebabkan banjir," katanya.

Menurut kenyataan dari Sekretariat Jabatan Pengurusan Banjir Negeri, anggaran taburan hujan ketika ini sebanyak 31 milimiter di Arau manakala 50 milimiter di Wang Kelian.

Setakat jam 9 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di seluruh Perlis meningkat kepada 150 mangsa dari 37 keluarga berbanding 146 mangsa malam tadi.

Artikel Berkaitan:

Hanya satu pusat pemindahan iaitu Dewan Sivik Arau yang masih dibuka sementara pusat pemindahan Padang Besar di Masjid Banggol Sena sudah ditutup malam tadi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!