Bukan kerana saya suka dadah tapi nak bantu penagih, kata Syed Saddiq

Instagram Syed Saddiq
Instagram Syed Saddiq
A
A
A

SHAH ALAM - Melabel penagih dadah sebagai penjenayah dengan hukuman penjara tidak membantu mereka pulih.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, semua pihak sepatutnya memberi tumpuan kepada pemulihan penagih dadah berbanding memenjarakan mereka.

Menurutnya, beliau memperjuangkan isu tersebut dalam jawatankuasa khas dadah yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat jemaah menteri.

"Saya akan terus perjuangkan isu ini. Bukan kerana saya suka dadah, tetapi kerana saya nak bantu penagih kembali semula ke jalan yang betul.

"Kita boleh melakukannya! kita perlu cukup berani untuk mengatakan bahawa ketagihan dadah menggagalkan kita.

"Penagih perlukan intervensi dari segi bantuan pemulihan dan kesihatan. Program membantu pekerjaan bersesuaian supaya mereka ada matlamat hidup dan diterima masyarakat," katanya di Instagram di sini hari ini.

Syed Saddiq berkata, penagih dadah di kalangan anak muda adalah tiga kali ganda berbanding dewasa dengan majoritinya terdiri daripada keluarga susah.

Menurutnya, apabila ditangkap, mereka tidak mampu bayar 'jaminan' dan kos guaman.

Artikel Berkaitan:

"Dadah bagi sesetengah pihak merupakan 'escapism' kepada masalah hidup, sebab itu kebanyakan yang terjebak datang dari keluarga yang susah.

"Sekarang, kalau ditangkap mereka boleh dipenjarakan walaupun tidak mengedar. Apabila dipenjarakan, mereka akan ada rekod jenayah.

"Peluang pekerjaan hilang. Disisihkan keluarga dan komuniti.Tekanan hidup meningkat. Dadah lagi sekali dijadikan teman hidup," katanya.

Penagih dikalangan anak muda x3 lebih banyak dari yang dewasa. Majoriti datang dari keluarga susah. Apabila ditangkap, mereka tidak mampu bayar “bail” & kos guaman. Dadah bagi sesetengah pihak merupakan “escapism” kepada masalah hidup, sebab itu kenbanyakan yang terjebak datang dari keluarga yang susah. . Sekarang, kalau ditangkap mereka boleh dipenjarakan walaupun tidak mengedar. Apabila dipenjarakan, mereka akan ada rekod jenayah. Peluang pekerjaan hilang. Disisihkan keluarga & komuniti.Tekanan hidup meningkat. Dadah lagi sekali dijadikan teman hidup. . We need to be BRAVE ENOUGH to say that CRIMINALISATION OF ADDICTION has failed us. Penagih perlukan intervensi dari segi bantuan pemulihan & kesihatan. Tailored Job-assistance program supaya mereka ada matlamat hidup dan diterima masyarakat. . Melabel mereka sebagai penjenayah tidak membantu. Penjarakan mereka tidak membantu. . Kita patut tumpu untuk memulih, bukan penjarakan. . Saya telah perjuangkan isu ini dalam JK Khas dadah yang dipengerusikan YAB PM & dalam mesyuarat jemaah menteri. Saya akan terus perjuangkan isu ini. Bukan kerana saya suka dadah, tetapi kerana saya nak bantu penagih kembali semula ke jalan yang betul. WE CAN DO THIS! #PenagihBukanPenjenayah

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on Oct 29, 2019 at 8:51am PDT

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!