Jalan rosak tular masih dalam proses turapan

Gambar kiri: Kerja pembaikan jalan yang rosak segera dilaksanakan malam tadi. - Foto ihsan MPKj
Gambar kanan: Jalan di Jalan Sungai Long yang rosak selepas baru diturap masih dalam proses pembaikan. - Foto ihsan MPKj
Gambar kiri: Kerja pembaikan jalan yang rosak segera dilaksanakan malam tadi. - Foto ihsan MPKj Gambar kanan: Jalan di Jalan Sungai Long yang rosak selepas baru diturap masih dalam proses pembaikan. - Foto ihsan MPKj
A
A
A

CHERAS - Jalan yang rosak semula selepas diturap di Jalan Sungai Long di sini masih dalam proses pembaikan.

Pegawai Perhubungan Awam, Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman berkata, struktur jalan itu rosak akibat hujan lebat semalam.

Menurutnya, sebaik menerima aduan kerja pembaikan laluan itu segera dilaksanakan malam tadi.

“Kerja pembaikan sudah dilaksanakan, laluan itu sebenarnya masih lagi dalam proses turapan.

“Hujan lebat menyebabkan ia kembali rosak,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video menunjukkan struktur ‘premix’ yang masih baru itu rosak dialirkan arus limpahan air hujan.

Dalam video berdurasi 35 saat itu memaparkan berlaku kesesakan jalan raya akibat pengguna mengelak melalui jalan itu berikutan air bertakung.

Lokasi jalan yang rosak itu membentuk seperti sungai dan air hujan dilihat deras melaluinya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!