Ekspo Woodtechno perkenal program SEH UMK
JELI - Woodtechno Expo antara usaha dilakukan penuntut Program Teknologi Sumber Hutan (SEH) Fakulti Biokejuteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli untuk memperkenalkan bidang pengajian berkenaan kepada umum.
Pengarah program, Syahiran Mustaqim Ahmad berkata, SEH sudah memasuki tahun kelima dan sehingga kini mempunyai 129 pendukung termasuk yang sudah menamatkan pengajian.
“Woodtechno Expo ini merupakan salah satu langkah untuk memperkenalkan lagi bidang SEH serta industri yang berkaitan dengannya.
“Di ekspo ini kita kongsikan teknologi dan potensi yang ada dalam industri sumber hutan, ia sangat luas untuk diterokai,” katanya.
Difahamkan, seramai 87 peserta terdiri daripada penuntut SEH terlibat dalam ekspo kali ini yang turut mengetengahkan pelbagai produk berasaskan sumber hutan.
Antara yang diadakan termasuk pameran gazebo (dihasilkan sendiri pelajar tahun akhir dalam tempoh tiga bulan), model hutan, herbarium, produk kitar semula, selulosa dari spesies pokok kayu dan bukan kayu serta lukisan teknikal.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!