Sistem baharu universiti di Arab Saudi seiring Visi 2030
RIYADH - Pemerintah kerajaan Arab Saudi mengadaptasikan sistem baharu universiti yang telah mendapat persetujuan daripada Raja Salman Abdul Aziz Al Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman.
Menteri Pendidikannya, Dr Hamad Mohammed Al-Sheikh mengatakan dalam satu kenyataan kepada kepada Agensi Berita Saudi (SPA) bahawa sistem baharu tersebut akan meningkatkan kualiti universiti-universiti di Arab Saudi dan bakal menyumbang kepada pengembangan proses pendidikan serta penelitian di negara itu.
Menurutnya, sistem itu juga akan membantu meningkatkan efisiensi pengeluaran serta pengembangan sumber daya kewangan universiti dan kemampuan manusia seiring dengan Visi 2030.
"Sistem berkenaan akan mula diterapkan secara bertahap pada tiga universiti sebagai peringkat awal dengan masa transisi selama setahun bermula daripada tanggal pelaksanaan projek penerapan sistem tersebut.
"Sistem baharu tersebut memungkinkan universiti untuk mengaktifkan sumber daya mereka sendiri, membuat dana dan mewujudkan perniagaan, membuka kepakaran serta program, membentuk kepemimpinan mereka berdasarkan efisiensi," katanya.
Dr Hamad berkata, dengan sistem baharu itu, universiti-universiti di Arab Saudi diharapkan dapat meningkatkan produktiviti mereka dalam memenuhi keperluan pasar tenaga kerja, selain menciptakan peluang kerja bagi rakyat tempatan.
"Sistem baharu itu juga memungkinkan pembukaan cawangan universiti asing di Arab Saudi sesuai dengan peraturan khusus meningkatkan daya saing dalam keberkesanan Sistem Pendidikan Universiti," katanya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!