Tolak tawaran jadi pembaca berita jaga ibu sakit
SHAH ALAM - Seorang lelaki sanggup menolak tawaran menjadi pembaca berita dan pengacara sebuah blogger semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit menerima pelbagai reaksi netizen.
Kamal Amsyar yang memuat naik status di laman Facebooknya berkata, dia enggan meninggalkan ibu bapanya yang sudah berusia kerana ingin menabur bakti pada mereka.
"Am berhenti kerja dan Am tolak tawaran baca berita dan Am tolak juga pengacaraan Vlog untuk jaga dan tengok mak makan pakai apa dan kesihatan mak. Am bawa mak ke hospital setiap bulan untuk check up.
"Am juga setiap hari bawa mak pergi klinik dan akhirnya ALLAH, Am pun tak sangka tiba-tiba mak dah baik. Apa yang Am lakukan adalah untuk mak dan ayah," tulisnya di Facebook
Berkat kesabaran Kamal menghantar ibunya pergi dan balik ke hospital untuk menerima rawatan di bahagian kaki, akhirnya insan yang disayanginya sembuh dan kembali boleh berjalan.
"Kata-kata jururawat masih terngiang-ngiang di telinga abang Am mak bila kata mak dah sembuh hanya tinggal sapu lotion saja. Alhamdulillah Mak.. Am pon tak sangka.. ALLAH permudahkan segalanya.
"Dalam perjalanan kereta (24 Oktober lalu) nak balik rumah, mak asyik cakap yang Mal, mak dah baik dah. Hujan dekat luar waktu itu lebang dengan mak dan Am sekali lebat air mata. Alhamdulillah, besar dia bagi. Terima semua yang mendoakan kesihatan mak abang Am,".
Perkongsian daripada Kamal Amsyar itu sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada semua berkaitan kasih sayang dan pengorbanan kepada ibu bapa dan rata-rata netizen kagum dengan perkara yang dilakukannya.
Ada di antara mereka juga sempat mendoakan agar Kamal Amsyar dimurahkan rezeki serta memperoleh tawaran rezeki yang lebih hebat untuk masa akan datang di samping memanjatkan rasa syukur kerana ibunya telah memperoleh kesembuhan.
Yan Zat berkata: "Alhamdulillah, syukur pada ALLAH Am, semoga mak Am sentiasa diberikan kesihatan, dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki dan hidupnya diberkati ALLAH, Amin,".
"Alhamdulillah banyak yang kita korbankan lebih-lebih lagi untuk ibu kita, lebih banyak yang ALLAH berikan. Semoga mak Am sentiasa bertambah sihat dan moga rezeki Am diperluaskan oleh ALLAH," tulis Roha Nieza di ruangan komen Kamal di Facebook.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!