Rumah jadi tempat simpanan perabot lama 'clear'

Operasi pembersihan dilakukan penguatkuasa MPS hari ini.
Operasi pembersihan dilakukan penguatkuasa MPS hari ini.
A
A
A

RAWANG - Akibat tidak mengendahkan notis peringatan diberikan, sebuah rumah yang dijadikan tempat simpanan perabot lama di Bandar Tasik Puteri di sini dibersihkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hari ini.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, aktiviti membaiki perabot lama di rumah teres dua tingkat itu telah menimbulkan ketidakselesaan penduduk setempat yang tampil membuat aduan.

Menurutnya, susulan aduan itu MPS mengeluarkan dua notis peringatan bertarikh 8 Oktober dan 25 Oktober lalu terhadap pemilik rumah tersebut untuk melakukan pembersihan unit secara sukarela.

"Bagaimanapun, notis tersebut tidak diendahkan pemilik menyebabkan tindakan penguatkuasaan dilakukan MPS di bawah Seksyen 82 (Hapus kacauganggu), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Sebanyak dua tong roro telah dipenuhi dengan barangan perabot lama dalam operasi pembersihan di kawasan rumah berkenaan," katanya.

Operasi bermula jam 10 pagi dan berakhir sejam kemudian melibatkan 20 anggota penguatkuasa MPS dan enam pegawai dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) MPS.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!