Bekas model sambut hari lahir ke-100

Romay Davis
Romay Davis
A
A
A

ALABAMA - Seorang bekas model dan pernah berkhidmat ketika Perang Dunia Kedua menerima kejutan untuk sambutan hari lahir ke-100 di tempat kerjanya di sebuah pasar raya, di sini.

Ketibaan Romay Davis tiba di pasar raya Winn-Dixie di Amerika Syarikat dengan menaiki kereta mewah Rolls Royce disambut meriah oleh rakan sekerja serta kumpulan pancaragam.

Bukan itu sahaja, menurut laporan media tempatan, Datuk Bandar Montgomery turut mengeluarkan pengisytiharan rasmi sempena ulang tahun ke-100 Davis sebagai Hari Romay Davis.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih. Saya sayang kamu semua dan sangat terkejut dengan semua ini. Saya tidak tahu sama ada kesihatan saya masih baik atau tidak dua atau tiga hari lagi,"katanya.

Romay Davis tiba menaiki kereta mewah Rolls Royce.
Romay Davis tiba menaiki kereta mewah Rolls Royce.

Di Winn-Dixi, Davis masih bekerja 20 jam dan lima hari seminggu sebagai individu yang bertanggungjawab memeriksa tarikh produk bagi memastikan pelanggan mendapat barangan segar.

Pengurus stor, Bobby Godwin menyifatkan Davis seorang pekerja yang rajin dan melakukan kerja melebihi pekerja berusia 25 tahun.

"Dia suka datang kerja. Jika terlambat beberapa minit dia akan maklumkan. Dia seorang pekerja yang berdisiplin," katanya.

Artikel Berkaitan:

Davis dilahirkan pada 29 Oktober 1919 di Virginia.

Semasa zaman mudanya, dia juga pernah bekerja sebagai pereka fesyen, pelukis dan ejen hartanah. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!