Pas sokong calon BN di Tanjung Piai

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Pas menyokong calon yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor pada 16 November depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan hari ini berkata, calon tersebut turut dipersetujui oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Wee Jeck Seng dari MCA.

Katanya, sokongan yang dizahirkan itu juga selaras dengan persefahaman yang dipersetujui dalam Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas yang ditandatangani pada 14 September lalu.

"Pas yakin pemilihan calon tersebut dibuat berdasarkan kepentingan setempat di Parlimen Tanjung Piai sendiri yang diharap menjadi formula terbaik untuk meraih undi bagi menguatkan lagi suara pembangkang di peringkat nasional, seterusnya membawa pendekatan politik matang yang tidak melampau.

"Pas juga akan menghantar wakil-wakilnya dari kalangan pimpinan kanan parti untuk menghadiri hari penamaan calon yang dijadualkan 2 November sebagai sokongan kepada calon pembangkang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan media Pas berhubung calon BN di Tanjung Piai.
Kenyataan media Pas berhubung calon BN di Tanjung Piai.

Terdahulu, Sinar Harian hari ini melaporkan, Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai, Jeck Seng dipilih sebagai calon BN dalam PRK Parlimen Tanjung Piai, pada 16 November depan.

keputusan itu diumumkan Pengerusi BN Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di Pusat Gerakan BN Pontian, Johor, malam tadi.

Artikel Berkaitan:

PRK Tanjung Piai akan diadakan susulan kematian penyandang kerusi itu, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, akibat serangan jantung pada 21 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wee Jeck Seng calon BN di PRK Tanjung Piai

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!