Kuasa projektor laser 3LCD terkecil di dunia

EPSON memperkenalkan projektor laser terkecil dunia, EF-100B baru-baru ini yang memberi pengalaman baharu tontonan kandungan digital di mana sahaja termasuk di kediaman sendiri.
EPSON memperkenalkan projektor laser terkecil dunia, EF-100B baru-baru ini yang memberi pengalaman baharu tontonan kandungan digital di mana sahaja termasuk di kediaman sendiri.
A
A
A

LABEL besar dunia sentiasa berlumba-lumba menghasilkan teknologi dalam saiz yang kecil. Bagi mereka, lebih mikro saiznya, makin ramai pelanggan akan memiliki fitur ciptaan mereka.

Peneraju teknologi global yang cukup berdedikasi, Seiko Epson Corporation (Epson) misalnya, memperkenalkan inovasi projektor laser 3LCD terkecil di dunia, Epson EF-100 yang berupaya memancarkan imej umpama panggung wayang bergerak yang berkualiti tinggi.

Fitur baharu itu pastinya membuatkan ramai tersenyum lebar khususnya buat para kaki wayang, mungkin selepas ini tidak perlu bersesak-sesak ke pawagam menonton wayang kegemaran memandangkan inovasi projektor laser terkecil di dunia itu mampu memenuhi keperluan gaya hidup masa kini.

Model 3LCD yang didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih itu hanya bersaiz kompak dan ringan malah bahagian sisinya yang paling panjang hanya berukuran 23 sentimeter dengan berat sebanyak 2.7 kilogram (kg) sahaja!

Mengulas mengenainya, Pengarah Urusan Epson Malaysia, Daisuke Hori berkata, pihaknya bermatlamat untuk merevolusikan cara pengguna menonton kandungan digital menerusi produk siri EF-100 itu.

"Projektor dengan teknologi terkini itu hadir dengan ciri penggunaan mudah dan keupayaan mudah alih. Ini bermaksud ia membolehkan pengguna memindahkan projektor tersebut ke mana-mana ruang atau bilik dalam kediaman mereka.

"Seperkara, pengguna tidak perlu berasa khuatir dengan kaedah pemasangan produk tersebut kerana semuanya dapat dibuat dengan mudah. Dengan saiz pemancaran berukuran 150 inci, pengguna boleh menghidupkan suasana pawagam dalam kediaman mereka sendiri,” ujarnya kepada e-Trend baru-baru ini.

Menariknya lagi, projektor laser Epson EF-100B dan EF-100W itu berupaya untuk memancarkan imej yang berkualiti tinggi dari mana-mana sudut kediaman.

Artikel Berkaitan:

Menerusi saiz pemancaran yang berukuran setinggi 150 inci, barisan projektor inovatif itu menggabungkan pemancaran skrin besar dengan ciri fleksibiliti dan kegunaan yang mudah.

"Ya, teknologi baharu itu diyakini bakal mengubah landskap pasaran projektor kediaman. Reka bentuknya yang langsing dan serba minimalis dicipta khas bukan sahaja untuk pengguna yang mementingkan estetika malah dapat disesuaikan dengan suasana kediaman dan gaya hidup pengguna," ujar beliau.

EPSON EF-100B nampak stailo dengan warna hitam.
EPSON EF-100B nampak stailo dengan warna hitam.

360 darjah

Mengulas lanjut, Daisuke berkata, barisan projektor tersebut berupaya untuk memancarkan imej dari semua sudut dengan ciri fleksibiliti 360 darjah. Ini bermakna, pengguna boleh menonton pancaran imej pada dinding mahupun pada siling rumah.

Melalui sambungan port HDMI, projektor tersebut dapat diakses dengan mudah menerusi telefon mudah alih, tablet, pemain DVD, konsol permainan video mahupun komputer riba.

Selain itu, pengguna juga boleh menyiarkan atau strim kandungan digital dengan mudah (peranti penstriman boleh disambungkan di bahagian belakang projektor berkenaan).

"Pada waktu siang atau dalam persekitaran yang terang, sumber cahaya laser projektor tersebut mampu memancarkan imej yang cerah dan vibran.

"Pengguna tidak perlu mematikan lampu atau menutup tirai tingkap rumah kerana dengan projektor laser itu, penggemar filem boleh menikmati kualiti imej yang tiada tolak bandingannya menerusi tahap kecerahan berjumlah 2,000 lumen dan nisbah kontras yang berjumlah lebih daripada 2,500,000:1," jelas beliau.

Sebagai tambah nilai, pemilik projektor juga tidak perlu menukar lampu (projektor) lantar sumber cahaya laser produk ini dicipta untuk tahan lama. Cuma perlu penjagaan minimum sahaja.

DAISUKE menyampaikan ucapan pembukaan sempena Majlis Pelancaran Projektor Laser Epson 3LCD di Whitebox, Publika baru-baru ini.
DAISUKE menyampaikan ucapan pembukaan sempena Majlis Pelancaran Projektor Laser Epson 3LCD di Whitebox, Publika baru-baru ini.

Jelas Daisuke lagi, barisan projektor kediaman itu menggunakan antara muka (interface) yang mesra pengguna dan sesuai untuk pengguna baharu yang tidak mempunyai pengalaman dalam pengoperasian sesebuah projektor.

"Projektor tersebut boleh dipasang dan dihidupkan dengan mudah. Pengguna hanya perlu mengikut panduan pemasangan yang ringkas dengan ciri utama pelarasan pemancaran yang juga serba mudah, ia dapat dibuat dengan geometric keystone correction," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!