Penyanyi dari India berselawat
[VIDEO] KISAH seorang penyanyi dari negara India, Sithara Krishnakumar tular di media sosial apabila berselawat ketika mendodoikan anaknya.
Bagaimanapun, beliau yang juga seorang komposer tidak mengetahui itu adalah selawat namun sekadar memahami ia lagu Arab yang sangat digemari oleh anaknya.
Menerusi akaun Facebook, Ustaz Abdullah Khairi, beliau memuat naik satu rakaman video durasi 43 saat memaparkan Sithara ditemubual dalam satu program sebuah stesen televisyen terkenal di India.
Pengacara itu bertanyakan kepada Sithara, 33, apa genre lagu yang dinyanyikan untuk mendodoikan anak perempuannya, Saawan Rithu.
Beliau berasal dari negeri Kerala, India, mendedahkan pelbagai genre lagu didendangkan untuk anaknya mengikut masa yang berbeza namun anaknya kerap mahukan satu lagu Arab iaitu selawat.
Dalam pada itu pernah membintangi filem Tamil, Telugu dan Kannada, Sithara memiliki suara merdu pernah dinobatkan sebagai penyanyi terbaik sempena Anugerah Filem Negeri Kerala tahun 2012 dan 2017 menerusi lagu Enundodee serta Vaanamakalunnuvo.
Dalam pada itu, perkongsian video tersebut menarik perhatian warganet yang meraih 153,000 tontonan menyifatkan ia satu permulaan untuk keluarga itu menerima hidayah.
"Bayi tahu menilai yang terbaik, semoga bayi dan ibu itu mendapat hidayah, Amin," tulis Faridah.
Kata Ridzuan Roy, "Mungkin hidayah diberi melalui anaknya... harap ibunya kerap berselawat untuk anaknya itu... moga mendapat ketenangan dan permudahkan urusannya dengan ALLAH SWT."
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!