Kematian 'Grandpa Kitchen' buat netizen berduka
BERITA kematian 'Grandpa Kitchen' merupakan seorang Youtuber terkenal yang berkongsi pelbagai masakan membuatkan netizen berduka.
Narayana Reddy, 73, memiliki peminat seluruh dunia kerana memasak hidangan dalam kuantiti yang banyak untuk diagihkan kepada golongan memerlukan termasuk anak yatim.
Narayana dilaporkan meninggal dunia pada 27 Oktober lalu dan berita sedih itu tular di media sosial, lapor World off buzz.
Jika sesiapa belum menonton video masakan mendiang, videonya agak sedikit berbeza di mana cara masakan di luar rumah dengan menggunakan kayu api kelihatan lebih santai.
Malangnya, aksi dari Grandpa Kitchen ini tidak dapat disaksikan lagi oleh segenap pencinta makanan di luar sana.
Video dimuat naik pada akaun Grandpa Kitchen ini sebagai video dedikasi khas yang terakhir bagi penonton melepaskan rindu kepada Narayana Reddy.
Sudah tentu Grandpa’s An Emotional and Heart Touching Final Journey mengundang rasa sebak dan rindu akan gelak ketawa, senyuman dari Grandpa sendiri.
Dalam video ini turut menyaksikan upacara pengebumian mayat mendiang yang turut dihadiri keluarga dan kenalan rapat di India.
Sehingga kini video itu meraih 1.1 juta tontonan selepas 17 jam dimuat naik di Youtube Grandpa Kitchen.
Bagi menghabiskan sisa hidupnya, mendiang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan untuk membantu golongan susah termasuk memberi sumbangan peralatan sekolah buat anak-anak kurang mampu.
Rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih dan mengatakan bahawa setiap video yang pernah dihasilkan akan dikenang dan diingati.
"Setiap videonya pasti terukir senyuman pada wajahnya dan dia sangat baik hati. Makanan yang dimasak akan diagihkan kepada mereka memerlukan. Kami akan merindui kamu dan seluruh dunia terasa kehilangan lelaki yang cukup luar biasa," ciap @ShadowstarHakii.
R.I.P Grandpa. His videos always put a smile on my face and he was doing great things donating all the food he cooked to the local orphanage. we are gonna miss you and this world has lost an amazing individual #GrandpaKitchen
— HAKII KUN [୧( “̮ )୨DTIYS CONTEST ONGOING୧( “̮ )୨] (@ShadowstarHakii) October 30, 2019
“Loving. Caring. Sharing. This is my family.” pic.twitter.com/CpqmGwB72k
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!