Calon BN Tanjung Piai bukti Muafakat Nasional tidak rasis: Shahir

Shahir Adnan
Shahir Adnan
A
A
A

KOTA BHARU - Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) berpendapat pencalonan Datuk Seri Wee Jeck Seng sebagai calon BN PRK Tanjung Piai merupakan satu manifestasi bahawa Muafakat Nasional tidak rasis.

Ketuanya, Shahir Adnan berkata, kompromi yang dicapai antara parti komponen BN menunjukkan parti gabungan menjunjung semangat permuafakatan.

"Selaku parti gabungan dalam Gagasan Sejahtera bersama Pas dan Berjasa, DPIM menyokong calon BN demi semangat Muafakat Nasional.

"Gagasan Sejahtera dan BN perlu memberi isyarat jelas kepada rakyat terutama di Tanjung Piai bahawa blok pembangkang akan terus bekerjasama, bersepakat dan berusaha sedaya upaya bagi memastikan kemenangan kepada calon kita di kawasan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kemenangan calon BN di PRK Tanjung Piai penting untuk memberikan isyarat jelas kepada rakyat bahawa blok pembangkang bersatu hati untuk menyelamatkan rakyat daripada kepincangan politik dan kegawatan ekonomi yang berlaku hari ini.

"Kemenangan ini juga untuk menjadi ujian litmus kepada suara hati rakyat akan dasar pemerintahan kerajaan hari ini selain menjadi titik tolak kepada manifestasi bahawa Muafakat Nasional tidak rasis seperti yang dicanang Pakatan Harapan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!