Ikan paus ditemukan mati terdampar di pantai Wales

Pakar-pakar sedang mengenal pasti punca kematian dan bagaimana ia boleh berada di perairan ini dan terpisah dari ibunya. - Foto Agensi
Pakar-pakar sedang mengenal pasti punca kematian dan bagaimana ia boleh berada di perairan ini dan terpisah dari ibunya. - Foto Agensi
A
A
A

GWYNEDD - Seekor anak ikan paus ditemui mati terdampar di pantai Abersoch Wales kelmarin.

Pakar-pakar sedang mengenal pasti punca kematian dan bagaimana ia boleh berada di perairan ini dan terpisah dari ibunya.

Pasukan dari Program Penyiasatan Zoologi London (ZSL) dan Program Penyiasatan Struktur Cetacean percaya adalah kali pertama seekor anak paus telah terkandas di pantai Wales.

Rob Deaville dari ZSL berkata, ia adalah seekor ikan paus betina dan itu sendiri agak luar biasa.

"Paus jenis 'sperm' ini biasanya dijumpai dalam air yang sangat dalam. Mereka mempunyai paru-paru yang mampu menyelam selama setengah jam hingga satu jam degan kedalam 1,000 meter terutama untuk mencari spesies mangsa mereka.

"Itulah sebabnya di sini perairan di Laut Ireland cetak, ia tidak sesuai untuk haiwan itu," katanya.

Pihaknya menganggarkan ikan tersebut berusia dua hingga tiga tahun dan masih belum mempunyai gigi. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!