Hospital Texas siar pembedahan otak secara langsung di Facebook

Jenna Schardt mampu bercakap dengan doktor ketika menjalani pembedahan otak manakala seluruh dunia menontonnya sebagai sebahagian prosedur yang disiarkan secara langsung di Facebook.- Foto: Agensi
Jenna Schardt mampu bercakap dengan doktor ketika menjalani pembedahan otak manakala seluruh dunia menontonnya sebagai sebahagian prosedur yang disiarkan secara langsung di Facebook.- Foto: Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Seorang wanita muda di Texas mampu bercakap dengan doktor ketika menjalani pembedahan otak manakala seluruh dunia menontonnya sebagai sebahagian prosedur yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Sehingga semalam, hampir 100,000 orang menonton doktor mengeluarkan ketulan besar daripada otak Jenna Schardt ketika video pembedahan selama 40 minit yang disiarkan pagi kelmarin.

Dalam video itu, pesakit berusia 25 tahun berkenaan dilihat bercakap dengan doktor yang berada di sebelah tabir berwarna biru ketika pakar bedah pula membedah otaknya di satu lagi bahagian.

Sementara itu, Ketua Saraf Pusat Perubatan Methodist Dallas, Nimesh Patel berkata, Schardt mengalami serangan angin ahmar disebabkan banyak saluran darah di lobus temporal kiri sehingga menjejaskan kemampuannya untuk bercakap.

Dia berada dalam keadaan sedar ketika tengkoraknya dibuka supaya doktor dapat memastikan ia tidak merosakkan beberapa bahagian otak yang mengawal percakapan ketika mereka melakukan pembedahan.

"Mereka dilihat meminta Schardt menyebut perkataan seperti burung, anjing atau nombor dalam turutan untuk membuat ‘peta’ otaknya,

“Dalam usaha kami mengenal pasti bagaimana untuk mendapatkan dan membuang ketulan, kami perlu pastikan bahagian yang selamat,” kata Patel.

Patel berkata, mereka juga meminta Schardt bercerita mengenai anjingnya untuk menguji memori sepanjang pembedahan selama empat setengah jam itu.

Artikel Berkaitan:

“Pembedahan otak ketika pesakit sedar walaupun ini ada dalam kemahiran kami, ia bukan rutin.

“Ia bergantung kepada di mana letaknya bahagian dalam otak dan jika pesakit mahu disedarkan atau ditidurkan,” katanya.

Pada 2016 seorang pesakit memakai cermin mata realiti maya 3D semasa pembedahan otak buat kali pertama untuk memastikan fungsi visual tetap utuh manakala doktor mengeluarkan tumor kanser. — AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!