Twitter umum larangan terhadap iklan politik

 Jack Dorsey
Jack Dorsey
A
A
A

WASHINGTON - Ahli politik, penganalisis dan kaki sibuk terpaksa melupakan platform media sosial Twitter pada masa akan datang untuk kempen pilihan raya di Amerika Syarikat serta di seluruh dunia selepas Ketua Eksekutifnya, Jack Dorsey, mengumumkan larangan terhadap semua iklan politik, lapor agensi berita Rusia Sputnik hari ini.

"Kami telah membuat keputusan untuk menghentikan semua iklan politik di Twitter secara global," kata Dorsey dalam akaun Twitter semalam.

"Kami berpendapat bahawa pengaruh politik harus diperoleh bukan dibeli. Mengapa? Terdapat beberapa sebab," katanya.

Dorsey mengakui ada sesetengah pihak akan membantah dan mendakwa langkah itu akan memihak kepada penyandang yang disangkalnya.

"Kita telah menyaksikan banyak pergerakan sosial yang berjaya memperoleh pengaruh dalam skala besar-besaran tanpa sebarang iklan politik. Saya percaya perkara ini akan terus berkembang."

Dorsey turut mengakui terdapat keperluan yang gagal dipenuhi bagi peraturan iklan politik yang berpandangan jauh ke hadapan dan berkata ketelusan iklan, meskipun mewakili kemajuan masih tidak mencukupi untuk mewujudkan medan bermain yang adil.

Kata Dorsey, Twitter bercadang mengumumkan butiran dasar baharu itu pada 15 November membabitkan beberapa pengecualian seperti iklan bagi membantu pendaftaran pengundi, dengan penguatkuasaan bermula seminggu selepas tersebut. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!