Sanggup berhabis bida dua kereta Mercedes

Akmal menunjukkan kereta jenis Mercedes Benz SL350 yang dibidanya dengan harga RM50,000 sekali gus menjadi kenderaan paling mahal dibida dalam Lelongan Awam Kenderaan Klon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 19 Shah Alam hari ini.
Akmal menunjukkan kereta jenis Mercedes Benz SL350 yang dibidanya dengan harga RM50,000 sekali gus menjadi kenderaan paling mahal dibida dalam Lelongan Awam Kenderaan Klon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 19 Shah Alam hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Sanggup bermodalkan wang puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan kereta kegemaran. Itu yang dilakukan Akmal Amin, 34, selepas berjaya membida dua buah kereta jenis Mercedes SL500 dan Mercedes SL350 dalam Lelongan Awam Kenderaan Klon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor hari ini.

Bidaan selama dua hari sejak semalam itu berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 19 di sini.

Menurutnya, dia mengetahui program lelongan kenderaan klon itu menerusi laman sosial Facebook.

"Bila dapat tahu ada kereta kegemaran saya ada dalam senarai lelongan itu, ia menarik minat saya. Memang saya sudah target kereta itu. Saya telah berjaya membida kedua-dua kereta itu dengan harga RM86,000. Bagi harga SL500 (Mercedes) RM36,000, manakala SL350 berharga RM50,000. Memang saya gemar model Mercedes dan saya adalah peminat Formula 1 (F1) Lewis Hamilton.

Nazli ketika ditemui pemberita ketika program Lelongan Awam Kenderaan Klon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 19 Shah Alam hari ini.
Nazli ketika ditemui pemberita ketika program Lelongan Awam Kenderaan Klon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 19 Shah Alam hari ini.

Akmal yang berasal dari Kuala Lumpur akui terpaksa 'mengorbankan' wang simpanan dan duit hasil kerja kerasnya dalam perniagaan kecil-kecilan.

Tambahnya, selepas membeli dua buah kereta itu, dia juga akan mengeluarkan lagi sedikit wang untuk proses membaik pulih dan penambahbaikan.

"Saya memang hendak sangat kereta itu terutama SL350. Warna dalam merah. Memang cantik. Saya rasa berbaloi walaupun lebih bajet," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md Taib berkata, ini adalah lelongan kali pertama lelongan yang dibuat JPJ Selangor membabitkan 246 buah kenderaan klon yang dirampas sejak tahun 2016 dan telah dilucut hak serta mendapat perintah mahkamah.

Tambahnya, nilai kutipan hasil lelongan kesemua kenderaan terbabit mencecah RM4.03 juta.

"Jenis kenderaan yang dilelong adalah membabitkan BMW (14 buah), Mercedes Benz (4 buah), Honda (89 buah), Nissan (16 buah), Toyota (74 buah), Mazda (12 buah), Volkswagen (7 buah), Mitsubishi (12 buah), Suzuki Swift (5 buah), Subaru (2 buah) dan 11 buah lain-lain model seperti Mini Cooper, Audi, Jaguar, Kia termasuk sebuah bas mini," katanya.

Katanya, berdasarkan pemerhatian pihaknya, rata-rata pembida yang hadir untuk membida kenderaan terbabit adalah terdiri daripada orang awam bukannya syarikat kenderaan terpakai dan seumpamanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!