Larangan guna rokok elektrik, vape dikaji: Boon Chye

Boon Chye (dua dari kiri) memukul gong gimik merasmikan Majlis Jasamu Dikenang Budimu Ditatang meraikan 297 pesara Jabatan Kesihatan Negeri Perak hari ini.
Boon Chye (dua dari kiri) memukul gong gimik merasmikan Majlis Jasamu Dikenang Budimu Ditatang meraikan 297 pesara Jabatan Kesihatan Negeri Perak hari ini.
A
A
A

IPOH - Kementerian Kesihatan sedang mempertimbangkan beberapa pendekatan yang akan diambil termasuk melarang penggunaan vape dan rokok elektronik.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, setakat ini pihaknya melihat dua pilihan yang sedia ada untuk dinilai sama ada larangan sepenuhnya atau mengawal penjualan vape dan rokok elektronik.

“Bagi larangan itu kita melihatkan pendekatan negara lain dalam melaksanakan perkara itu namun rokok elektronik ini boleh didapati di atas talian dan pasaran terbuka.

“Pilihan kedua adalah kawalan dengan membenarkan penjualan vape dan rokok elektronik dengan atau tanpa nikotin tetapi dengan syarat ketat.

“Ini adalah pilihan yang sedang kita kaji dengan meluas setakat ini,” katanya ketika mengulas gesaan 50 badan bukan kerajaan (NGO) meminta kerajaan mengenakan larangan ke atas penggunaan rokok elektronik dan vape dengan serta-merta.

Beliau ditemui pada Majlis Jasamu Dikenang Budimu Ditatang meraikan 297 pesara Jabatan Kesihatan Negeri Perak di sini hari ini.

Boon Chye berkata, jawatankuasa khas sedang meneliti situasi terkini serta mengumpul data lengkap dalam mencapai satu keputusan holistik sebelum akta baharu berkaitan dibentangkan tahun depan.

“Kita dalam usaha menggubal akta baharu berkaitan penggunaan rokok elektronik, vape dan shisha. Kita lihat perkara ini amat membimbangkan dengan berleluasanya penggunaan tersebut dalam kalangan pelajar sekolah.

Artikel Berkaitan:

“Ada yang menjadikan rokok elektronik ini sebagai suatu fesyen dalam kalangan anak muda hingga menjadi satu ketagihan. Ini bermakna rokok elektronik dan vape telah rekrut penagih nikotin baru,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!