Berjasa umum tanding PRK Tanjung Piai

Hazwan Mohammad
Hazwan Mohammad
A
A
A

PONTIAN - Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Ketua Penerangannya, Hazwan Mohammad berkata, pihaknya telah membuat bayaran deposit kepada kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada pagi tadi.

Katanya, Berjasa mahu memberi pilihan kepada pengundi Melayu Islam di Parlimen Tanjung Piai memilih calon Muslim berwibawa yang akan mewakili suara mereka.

"Justeru atas dasar prinsip serta memeriahkan sistem demokrasi di Malaysia dan menimbang peri pentingnya memberi pilihan kepada pengundi Melayu Islam.

"Bagi mereka mengundi calon Muslim berwibawa untuk dihantar ke Parlimen, Berjasa dengan ini mengumumkan untuk bertanding pada PRK Tanjung Piai," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengenai calon, jelasnya satu sidang media pengumuman rasmi calon akan diadakan esok.

Pengumuman Berjasa meletakkan calon pada PRK Tanjung Piai bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gerakan.

PH telah mengumumkan Ketua Bahagian Bersatu Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini sebagai calon, BN pula meletakkan calon dari MCA yang juga Ketua Bahagian MCA Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, manakala Gerakan mempertaruhkan peguam, Wendy Subramaniam.

Artikel Berkaitan:

SPR menetapkan 2 November sebagai tarikh penamaan calon manakala 16 November hari pengundian.

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik akibat komplikasi jantung pada 21 September lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!