Rezeki dapat baucar buku RM300

Pengunjung tidak melepaskan peluang memilih novel yang ditawarkan dengan harga berpatutan.
Pengunjung tidak melepaskan peluang memilih novel yang ditawarkan dengan harga berpatutan.
A
A
A

SHAH ALAM – Siapa sangka kehadiran rombongan guru dan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Berisu, Melaka ke Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf semalam umpama langkah kanan buat mereka.

Apa tidaknya mereka menerima baucar buku bernilai RM300 iaitu salah satu tawaran istimewa sepanjang jualan gudang yang berakhir Ahad ini.

Guru Penolong Kanan Pentadbiran (JPK 1), SK Berisu, Hazrina Zainal berkata, beliau tidak menyangka sekolah mereka layak menerima baucar berkenaan.

“Ini kali pertama kami datang ke sini dan memang tak tahu jualan gudang sedang berlangsung kerana tujuan asalnya hanya untuk mengunjungi premis Kumpulan Media Karangkraf bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang dunia penerbitan buku dan surat khabar.

“Kunjungan kami ini ibarat langkah kanan dan rezeki terpijak buat kami. Tak sia-sia kami datang seawal pagi lagi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Katanya, baucar berkenaan akan digunakan untuk membeli buku rujukan dan latihan untuk kegunaan sekolah.

“Pelbagai buku latihan dan rujukan yang ditawarkan di jualan gudang dari pra sekolah hingga ke sekolah menengah pilihan.

“Walaupun harga ditawarkan lebih murah berbanding kedai buku lain namun buku-bukunya juga sangat berkualiti dan mengikut standard serta piawaian daripada Kementerian Pendidikan.

Artikel Berkaitan:

“Oleh kerana baucar ini boleh ditebus pada hari sama, kami akan gunakannya dengan sebaik mungkin. Mungkin kami akan pilih buku-buku rujukan latihan untuk kegunaan sekolah,” katanya.

Sebahagian murid SK Berisu, Melaka mendengar penerangan daripada kakitangan Bestari Karangkraf semasa sesi Bestari Talk.
Sebahagian murid SK Berisu, Melaka mendengar penerangan daripada kakitangan Bestari Karangkraf semasa sesi Bestari Talk.

Tambah beliau, semua sekolah disarankan supaya tidak melepaskan tawaran istimewa itu.

“Syaratnya mudah setiap rombongan sekolah yang datang layak menerima baucar berkenaan dengan syarat mereka perlu mendengar Bestari Talk iaitu sesi perkongsian mengenai produk buku terbitan Bestari Karangkraf.

“Jarang kita dapat peluang seperti ini. Bukan sahaja dapat baucar percuma tetapi dalam masa sama murid-murid dapat menambah ilmu pengetahuan.

“Jadi saya sangat sarankan kepada semua seolah supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini,” katanya.

Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf bermula sejak Jumaat lalu dijadualkan berakhir 3 November ini dengan menyediakan pelabagai jensi bahan bacaan dengan harga runtuh serendah RM1.

Demi keselesaan pengunjung, tempat jualan disediakan dalam ekadaan baik dengan ruang berhawa dingin selain kemudahan surau dan parkir kenderaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!