UMK anjur seminar Women Economic Empowerment pada Isnin depan

Prof Dr Nik Maheran Nik Mohammad
Prof Dr Nik Maheran Nik Mohammad
A
A
A

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menganjurkan seminar Women Economic Empowerment pada 4 November ini di Kampus Kota, Pengkalan Chepa.

Ketua Urus Setianya, Prof Dr Nik Maheran Nik Mohammad berkata, keunikan wanita adalah kebijaksanaan mereka mengimbangi pelbagai peranan dalam kehidupan.

“Sehubungan itu diharapkan dengan penganjuran program seumpama ini dapat menyediakan platform untuk pakar daripada pelbagai latar belakang berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang seterusnya dapat memberikan inspirasi kepada wanita yang hadir nanti.

“Saya percaya antara kaedah yang paling berkesan untuk meningkatkan pendapatan purata sesebuah isi rumah B40 adalah dengan adanya peluang dan bantuan memasuki pasaran pekerjaan ataupun perniagaan,” katanya di sini semalam.

Program bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari itu akan dirasmikan Tengku Puan Temenggong Kelantan, Puan Sri Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!