Polis atau penjenayah tercicir peluru di stesen minyak?
KUALA LUMPUR - Sebutir peluru pistol dipercayai peluru hidup dan masih belum digunakan ditemui di sebuah stesen minyak di Jalan Duta di sini awal pagi tadi.
Sumber berkata, peluru tersebut ditemui tukang sapu yang sedang melakukan pembersihan di premis berkenaan kira-kira jam 8 pagi.
Menurutnya, musykil dengan bentuk besi yang ditemui pekerja terbabit bertanya kepada seorang pelanggan yang sedang mengisi minyak.
"Pelanggan tersebut kemudian menghubungi balai polis berhampiran dan polis ke lokasi selepas menerima maklumat itu.
"Tidak dipastikan peluru tersebut milik pasukan polis atau penjenayah yang tercicir," katanya.
Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan pengesahan daripada Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berhubung kejadian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!