Sanggup layan nafsu 12 lelaki dalam sehari

Antara wanita warga asing yang ditahan di sebuah pub Desa Jaya Kepong, Kuala Lumpur, tengah malam tadi.
Antara wanita warga asing yang ditahan di sebuah pub Desa Jaya Kepong, Kuala Lumpur, tengah malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Demi mendapatkan wang dengan cara mudah, wanita warga asing yang terlibat kegiatan pelacuran sanggup melayan nafsu sehingga 12 orang pelanggan sehari.

Kegiatan persundalan yang dilakukan di sebuah hotel di Jalan Genting- Klang dibongkar Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi Ops Gegar, malam tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, operasi kira-kira jam 9.50 malam itu bertindak menahan 15 wanita warga asing membabitkan 10 warga negara Vietnam, Indonesia (3) dan Thailand (2) berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun disyaki adalah pelacur.

Menurutnya, turut ditahan enam lelaki termasuk dua warga tempatan dipercayai adalah pelanggan serta pekerja.

Beliau berkata, siasatan mendapati hotel berkenaan dipercayai dijadikan sebagai tempat pelacuran oleh wanita berkenaan.

Antara wanita warga asing yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran di sebuah hotel di Jalan Genting-Kelang, Kuala Lumpur malam tadi.
Antara wanita warga asing yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran di sebuah hotel di Jalan Genting-Kelang, Kuala Lumpur malam tadi.

"Mereka mencari pelanggan menerusi aplikasi WeChat dengan tawaran harga RM215 sehingga RM800 bergantung kepada pakej.

"Mereka beroperasi bermula jam 10 pagi setiap hari dan disyaki mampu melayan 12 pelanggan sehari.

Artikel Berkaitan:

"Soal siasat juga mengesan kegiatan mereka kerap berpindah-pindah tempat bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa," katanya.

Dalam kes berlainan, Imigresen turut menyerbu sebuah pub di Desa Jaya Kepong di sini tengah malam tadi.

Hamidi berkata, serbuan kira-kira jam 12.45 tengah malam itu berjaya menahan 15 wanita warga asing kerana disyaki aktif bergerak secara bebas di restoran terbabit dengan mencari pelanggan tempatan untuk mendapatkan tip.

"Tangkapan terdiri daripada sembilan warga Vietnam, Laos (3), Indonesia (2) dan Thailand (1).

"Wanita terbabit akan diberikan tip sekiranya menemani pelanggan minum atau berhibur, malah pelanggan juga dipercayai boleh membawa wanita terbabit keluar dengan nilai bayaran tertentu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!