[VIDEO] Wanita cemas petrol keluar tanpa henti
CHINA - Tular satu rakaman video memaparkan seorang wanita cemas apabila tiba-tiba pam minyak gagal berfungsi dan mengeluarkan petrol tanpa henti.
Video berdurasi 5 saat dan dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di China dan dikongsi Facebook We are Malaysian.
Pada video sama admin Facebook tersebut turut memaklumkan jika pelanggan berhadapan dengan situasi itu boleh terus menekan butang kecemasan yang memang disediakan di setiap pam minyak.
Melalui paparan berkenaan wanita itu dilihat terus memegang pam minyak yang dihalakan ke arah lantai sambil meminta tolong.
Rata-rata netizen mengakui kurang kesedaran terhadap perkara tersebut..
Kata Lawrence Teng, "Sebenarnya semua termasuk saya tidak tahu butang kecemasan itu. Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini."
"Bila panik, semua perkara akan lupa, terima kasih kerana beritahu kami," tulis Jazza.
Emergency Stop ButtonAiyoo... Just press Emergency Stop Button....
Posted by 我们是马来西亚人 We are Malaysians on Saturday, October 26, 2019
Wanita cemas berdepan provokasi pemandu Toyota
[VIDEO] Hidap lima penyakit kronik, ibu sumber kekuatan Iwan
Fendy si pendandan ikan Arowana
Pemain bola jaring cilik pamer sikap terpuji
Dipukul, mata dicungkil ketika sertai Festival Vespa
Polis cari Abdul Razak
Lahir, membesar di Al-Arqam sehingga usia 8 tahun
Polis gempur 'markas' GISBH di Country Homes Rawang