Anggota tentera maut kereta bertembung lori

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik membantu mengeluarkan mangsa tersepit.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik membantu mengeluarkan mangsa tersepit.
A
A
A

GERIK - Seorang anggota tentera maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan lori tangki di Kilometer 72 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Hentian Puncak Banjaran Titiwangsa, hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 11.15 pagi itu, Saiful Faez Roslan, 24, bertugas di Kem Kok Lanas, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa memandu sendirian dalam perjalanan dari arah Jeli ke Gerik.

Menurutnya, tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Perodua Kembara dipandu mangsa hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah lori tangki.

"Akibat pelanggaran itu, pemandu kereta yang tersepit mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu lori berusia 33 tahun dan kelindannya berusia 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut kini diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk di bahagian hadapan.
Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk di bahagian hadapan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!