'Saya bertanding PRK Tanjung Piai demi anak'

Anak perempuan Wendy berusia lima tahun menjadi inspirasi calon Gerakan itu untuk bertanding PRK Parlimen Tanjung Piai.
Anak perempuan Wendy berusia lima tahun menjadi inspirasi calon Gerakan itu untuk bertanding PRK Parlimen Tanjung Piai.
A
A
A

PONTIAN - "Saya bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai semata-mata kerana anak perempuan saya," demikian kata calon Parti Gerakan Rakyat (Gerakan), Wendy Subramaniam, 38, mendedahkan faktor utama beliau mengambil keputusan untuk bertanding.

Wendy berkata, dua anak perempuannya adalah sumber inspirasi untuknya menjadi wakil rakyat.

Menurutnya, kesibukannya menguruskan kerjaya dan parti menyebabkan kedua-dua anak perempuannya selalu bertanya mengenai dirinya yang kerap tiada di rumah.

Wendy
Wendy

"Satu hari anak perempuan saya berusia 5 tahun bertanya mengapa saya asyik bersama Gerakan dan selalu tiada di rumah?

"Jadi saya terpaksa terangkan kesibukan saya bersama parti kerana mahu perjuang agenda rakyat.

"Kemudian, dia persoal adakah cakap saya ada orang yang mahu mendengar?.

"Ketika itu, saya tersentak dan menyedari saya perlu menjadi wakil rakyat untuk memperjuangkan agenda rakyat," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!