Media Prima kurangkan pekerja tahun depan
SHAH ALAM - Pemberhentian kerja melibatkan semua kakitangan termasuk pengurusan Media Prima dan New Straits Times Press (NSTP) akan dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.
Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) NSTP dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, maklumat itu diperoleh selepas pihak pengurusan bermesyuarat bersama wakil kesemua kesatuan yang diadakan pada jam 5 petang tadi.
Menurut kenyataan itu, pengurangan itu dibuat bagi menstruktur semula syarikat berikutan keadaan kewangan syarikat.
"Pemberhentian atau 'retrenchment' akan membabitkan LIFO (Last In First One) dan juga berdasarkan beberapa faktor antaranya kesihatan dan disiplin.
"Ia akan akan melibatkan setiap jabatan termasuk kakitangan, 'bosses' serta pihak pengurusan. Ada unit yang akan dikecilkan dan ada unit yang akan ditutup," katanya.
Kenyataan sama menyebut, pembayaran retrenchment akan dibuat mengikut apa yang termaktub di dalam CA dan semua pembayaran ganti rugi akan dibuat sekali gus dan tiada bayaran secara berperingkat.
Menurut kenyataan itu lagi, jumlah yang terbabit dalam pemberhentian akan dibincang dengan pihak pengurusan dan senarai akan dikeluarkan pada akhir Disember ini.
"Sesi Townhall bersama pihak pengurusan akan dijalankan pada 15 November ini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!