Ular sawa 'makan' tuan

Hurst dipercayai mati dibelit ular sawa.
Hurst dipercayai mati dibelit ular sawa.
A
A
A

INDIANA - Seorang wanita menemui ajal akibat dibelit ular sawa sepanjang lapan kaki miliknya di sebuah rumah menempatkan ratusan reptilia berbisa di Utara Indiana, Amerika Syarikat.

Laura Hurst dari Battle Ground, Indiana, dipercayai dibelit di leher hingga mati.

Laporan Daily Mail, mangsa menyimpan 140 ekor ular di sebuah rumah khas dan tidak mendiami rumah tersebut.

Polis, Sarjan Kim Riley berkata, kemungkinan besar, mangsa mati akibat belitan ular tetapi pihak polis masih perlu menunggu hasil bedah siasat yang dilakukan hari ini.

Berdasarkan profil Facebook, Hurst mempunyai dua orang anak dan berkahwin pada 2012.

"Wanita itu dikatakan memiliki kira-kira 20 ular yang disimpan di rumah tersebut dan akan datang melawat dua kali seminggu," kata polis.

Rumah itu dimiliki oleh seorang sherif, Donald Munson Munson menerusi satu kenyataan memaklumkan kejadian itu merupakan kemalangan yang tragis dan dia bersedia memberi kerjasama dengan semua pihak.

Artikel Berkaitan:

Rumah khas menempatkan 140 ekor ular.
Rumah khas menempatkan 140 ekor ular.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!