[VIDEO] Budak ketakutan diserang anjing
LANGKAWI - Satu rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki duduk bersimpuh dalam keadaan ketakutan setelah diserang seekor anjing tular di laman sosial.
Berdurasi 24 saat, video itu menunjukkan kanak-kanak itu tidak boleh berbuat apa-apa hanya berdiam diri bimbang anjing itu bertindak agresif.
Video dimuat naik di Facebook bomoh online memberitahu, kanak-kanak tersebut telah digigit oleh anjing dan penduduk kampung sedang menyelamatkan kanak-kanak malang itu.
Bagaimanapun netizen berang dengan tindakan lelaki yang merakam serta orang ramai yang berada di tempat kejadian kerana tidak ada usaha untuk membantu budak tersebut.
Netizen, Abdullah Khairee yang dipercayai dari kampung itu tampil memberi penjelasan.
"Penduduk kampung tidak boleh mendekati kanak-kanak itu kerana bimbang keselamatannya.
"Anjing dah gigit budak itu, orang kampung tak boleh dekat sebab nak lihat keadaan, bila anjing itu tidak agresif baru kami membantu kanak-kanak tersebut.
"Video tu dirakam sebab nak buat bahan bukti, banyak sangat dah anjing liar kat pulau nie... Konon ramai pencinta anjing, suruh ambil bela tak nak, sebab tu kita rakam, ramai sangat yang cakap pandai nak tolong.
"Itu anjing gila, bukan anjing macam kot taman perumahan itu, anjing itu pun dah mati," tulisnya.
Dalam pada itu, Nurul Assyikin turut menyokong tindakan penduduk kampung yang mengutamakan keselamatan kanak-kanak.
"Ni bukan bab takut anjing atau apa, cuma orang kampung tidak mahu budak tu cedera teruk sebab tu depa (mereka) tengok dari jauh...
"Dan tunggu orang bawak senjata pergi selamat budak tu... Aduh, susah la jenis tau nak salahkan dan kecam, tidak ada langsung pemikiran positif semua nak negatif ja," katanya.
LINK VIDEO
Anjing tokak Budak. info awal drp netizen: Anjing menyerang seorang kanak-kanak di Kampung Dato Syed Nahar, Kuah, Langkawi. * jika terdapat sbrg percanggahan atau sesiapa ada info yg lebih jelas, boleh kongsikan di ruangan komen
Posted by Bomoh Online on Wednesday, October 30, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!