Isu rasuah diguna untuk dapatkan kedudukan

Latheefa Koya
Latheefa Koya
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihatkan pengamal media agar mengenal pasti pihak mempergunakan media demi kepentingan mereka.

Ini kerana kata Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Latheefa Koya, terdapat sesetengah pihak menggunakan isu rasuah untuk mendapatkan kedudukan.

"Ada pihak yang menggunakan isu rasuah sebagai senjata untuk menjatuhkan pihak lain demi kepentingannya sendiri," katanya dalam ucapan pada malam Aspresiasi Media di sini tadi.

Latheefa berkata, tugas wartawan bukan sekadar melaporkan berita semata-mata, laporan berita itu perlu ada jiwa yang berperanan membawa kesedaran dan mendidik masyarakat terhadap sesuatu isu serta masalah sosial seperti rasuah

"Pengamal media perlu melaporkan sesuatu isu rasuah dengan penuh tanggungjawab supaya ia dijadikan sumber untuk mendidik masyarakat tentang bahaya rasuah," katanya.

Latheefa juga berharap media memberi kerjasama membantu SPRM dengan tidak melaporkan sesuatu kes yang masih disiasat untuk menggelakkan ia terjejas.

"Kami juga akan bekerjasama dengan media untuk memberi apa-apa info berkaitan kes yang telah selesai siasatannya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!