Kanak-kanak meratap mayat ibu dilanggar kereta

Anaknya meratapi pemerigan ibu kesayangannya yang pergi buat selamanya meruntun hati netizen yang melihatnya. Tangisan anak selepas ibunya meninggal dunia kerana dilanggar ketika sedang menyapu di tepi jalan.

A
A
A

INDONESIA - Gambar seorang kanak-kanak menangis di sebelah mayat ibunya yang bekerja sebagai petugas pembersihan di Kota Makassar di sini meruntun hati netizen.

Wanita itu yang sedang bekerja di sekitar Pantai Losari dilanggar sebuah kereta ketika menyapu di tepi jalan di pantai tersebut dan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Siloam Makassar akibat cedera parah di bahagian kepala.

Polis Makassar, Yusuf Usman berkata, ketika kejadian, mangsa dilanggar seorang mahasiswa yang memandu kereta Honda Jenis Brio dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk.

Gambar terakhir yang dikongsi netizen Lina sedang bermain dengan anaknya selepas selesai melakukan kerjanya sebagai tukang sapu.
Gambar terakhir yang dikongsi netizen Lina sedang bermain dengan anaknya selepas selesai melakukan kerjanya sebagai tukang sapu.

"Kita percaya suspek dalam keadaan mengantuk melanggar mangsa dengan kelajuan 50 hingga 60km/sejam sehingga menyebabkan mangsa tercampak dari tempat dia menyapu dan mengalami kecederaan parah di kepala.

"Mangsa yang parah meninggal dunia ketika ambulans membawanya ke hospital dan suspek kini ditahan. Kes ini sedang dalam siasatan lanjut polis," lapor Tagar.id.

Menerusi perkongsian itu juga, sumber memberitahu bahawa ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Lina sering membawa anaknya semasa bekerja.

Artikel Berkaitan:

Antara reaksi netizen yang bersedih dengan pemergian Lina yang meninggalkan dua anak yang masih kecil.
Antara reaksi netizen yang bersedih dengan pemergian Lina yang meninggalkan dua anak yang masih kecil.

Tragedi malang menimpa wanita itu menyebabkan anaknya tidak henti-henti menangis melihat insan disayanginya pergi buat selama-lamanya.

Walaupun kisah tersebut berlaku pada 8 Ogos lalu, namun gambar kanak-kanak tersebut meratap di sisi ibunya benar-benar meninggalkan kesan di hati netizen sehingga tular di media sosial sejak semalam.

"Kawasan Pantai Losari memang berpotensi untuk menjadi mangsa korban kena langgar. Lina sering ditemani dua anaknya yang masih kecil sambil duduk di troli menunggu ibunya yang bekerja. Tak sangka mereka kehilangan ibu mereka. Semoga mereka diberi kekuatan oleh ALLAH," luah Sudrun Sugiono di Facebook.

Amanda Lucy YS menulis, "Innalillahiwainnailaihirojiun, meninggal sedang bekerja. Insya-ALLAH syurga tempatmu ibu dan berharap pemuda yang melanggar ibunya itu dapat menguruskan anaknya dan memberikan pendidikan supaya mempunyai bekalan ilmu demi masa depannya."

Anaknya meratapi pemerigan ibu kesayangannya yang pergi buat selamanya meruntun hati netizen yang melihatnya.
Anaknya meratapi pemerigan ibu kesayangannya yang pergi buat selamanya meruntun hati netizen yang melihatnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!