Pertemuan dua beradik seteru politik jadi tumpuan

Shahrir (dua dari kanan) dan Khalid (tengah) sempat bersalaman dan berbual mesra sementara menunggu proses penamaan calon di DewanJubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian pagi ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Shahrir (dua dari kanan) dan Khalid (tengah) sempat bersalaman dan berbual mesra sementara menunggu proses penamaan calon di DewanJubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian pagi ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PONTIAN - Dua beradik memimpin parti berlainan bertemu dalam suasana mesra di pusat penamaan calon PRK Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, hari ini.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad sempat berbual dan berpelukan mesra dengan abangnya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru di luar pekarangan pusat penamaan calon bersama beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) lain.

Shahrir dan Khalid sempat melapangkan sedikit masa untuk berbual mesra bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain seperti Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar.

Selepas selesai bersalaman, mereka kembali ke khemah dan duduk bersama pemimpin parti masing-masing.

Para pengamal media tidak melepaskan peluang merakamkan saat menarik pertemuan dua beradik itu.

Perkara itu turut menjadi perhatian dan usikan beberapa pemimpin BN dan PH sebelum menantikan pengumuman pencalonan PRK Parlimen Tanjung Piai oleh pegawai pengurus pilihan raya, Zulkifly Mohd Azhar pada jam 11 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!