Misi mencari helikopter terhempas di Korea Selatan diteruskan

Helikopter itu dilaporkan terhempas kira-kira dua minit selepas ia berlepas dari Dokdo.
Helikopter itu dilaporkan terhempas kira-kira dua minit selepas ia berlepas dari Dokdo.
A
A
A

DONGHAE - Misi mencari dan menyelamat tujuh mangsa yang hilang dalam nahas helikopter terhempas di perairan berhampiran kepulauan kecil Dokdo di Laut Timur, diteruskan dengan bantuan sebuah kapal selam Tentera Laut Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap.

Helikopter milik agensi bomba itu terhempas beberapa minit selepas berlepas dari Dokdo pada malam kelmarin, dengan tujuh penumpang termasuk seorang individu yang cedera dari sebuah bot nelayan.

"Pengawal Pantai Korea akan terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat di laut dengan Tentera Laut memberi tumpuan kepada misi di bawah air," kata pengawal pantai.

Kapal selam Cheonghaejin tiba di lokasi kejadian pada Jumaat untuk bersama menyertai operasi yang turut melibatkan 14 kapal dan empat helikopter.

Mengenai berapa lama masa diperlukan untuk mengeluarkan bangkai pesawat, beliau berkata, ia bergantung kepada keadaan cuaca.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyelam jumpa bangkai helikopter

Semalam. pasukan penyelam dari perkhidmatan keselamatan Korea Selatan, menjumpai bangkai helikopter yang membawa tujuh penumpang dan terhempas di laut kira-kira dua minit selepas ia berlepas dari kepulauan kecil Dokdo lewat semalam.

Agensi berita Yonhap melaporkan, ia turut menemukan satu mayat berhampiran bangkai Airbus H225 Super Puma terbabit.

Artikel Berkaitan:

Tujuh rakyat Korea Selatan dilaporkan hilang dalam kejadian itu yang berlaku selepas misi menyelamat seorang nelayan cedera.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dalam satu kenyataan turut mengarahkan pemeriksaan keselamatan dilakukan ke atas helikopter H225 yang lain.

Difahamkan, Seoul telah mengawal kepulauan kecil Dokdo di Laut Jepun atau Laut Timur sejak 1945 selepas pendudukan Tokyo di Semenanjung Korea berakhir, namun Tokyo masih menuntut kedaulatan pulau itu yang digelar Takeshima oleh mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!