Misi Lang Merah, Harimau Selatan

Pemain-pemain Lang Merah giat menjalani latihan sebagai persediaan menentang Harimau Selatan malam ini. Foto: Malaysian Football League
Pemain-pemain Lang Merah giat menjalani latihan sebagai persediaan menentang Harimau Selatan malam ini. Foto: Malaysian Football League
A
A
A

Dua misi berbeza menjadi buruan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah menjelang aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Tumpuan pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak tertumpu kepada Piala Malaysia, sekali gus untuk melengkapkan tahun gemilang Lang Merah selepas berjaya merangkul Piala FA musim ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, untuk meraih kemenangan dalam aksi final itu bukan mudah, apatah lagi berhadapan dengan pasukan hebat seperti JDT.

“Ia satu kebanggaan bermain sekali lagi di final dan ia final kedua kami musim ini. Sangat istimewa kerana ini adalah final kedua. Namun, final kali ini berbeza sedikit berbanding final Piala FA kerana kami menentang pasukan yang lebih kuat dan sempurna dalam semua aspek.

“Kami juga mempunyai waktu yang terhad untuk recovery selepas aksi memenatkan ketika separuh akhir. Namun, itu bukan alasan buat semua pemain memberikan aksi 100 peratus,” katanya pada sidang media di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Dalam masa sama, Aidil Shahrin tidak kisah sekiranya ada pihak melabelkan skuad kendalian sebagai bukan pilihan.

Pemain-pemain Harimau Selatan giat menjalani latihan sebagai persediaan menentang Lang Merah malam ini.
Pemain-pemain Harimau Selatan giat menjalani latihan sebagai persediaan menentang Lang Merah malam ini.

“Kami lebih suka dilabel sebagai bukan pilihan kerana ia tidak akan memberikan kami tekanan. Kami juga berjanji akan memberikan saingan kepada JDT,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora pula mahu memastikan Piala Malaysia menjadi milik kelab selatan tanah air itu untuk menambahkan kejuaraan yang dimenangi pada 2017.

“Untuk berada di final bukan mudah kerana melalui perjalanan yang sukar. Saya mahu memastikan sejarah dicipta lagi untuk JDT. Sudah tentu saya mengharapkan kemenangan dan mengulangi aksi cemerlang menjulang Piala Malaysia pada 2017,” katanya.

Namun, Mora tetap mahu juara Liga Super itu berwaspada dengan kemampuan Kedah memandangkan pasukan utara tanah air itu sedang meniti kemuncak prestasi ketika ini.

“Kami jangkakan Kedah akan turun dengan semangat yang tinggi kerana mereka juga melalui musim yang bagus. Para pemain juga berada pada tahap terbaik dan saya percaya aksi bertenaga akan dipamerkan kedua-dua pasukan dalam aksi final itu,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!