Tcehtche sudah ada pilihan lain

Tchetche dikhabarkan tidak akan menyarung jersi TFC musim depan. - Foto: Terengganu Football Club
Tchetche dikhabarkan tidak akan menyarung jersi TFC musim depan. - Foto: Terengganu Football Club
A
A
A

TERENGGANU FC (TFC) akan beraksi tanpa penyerang sensasinya, Kipre Tcehtche Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abd Karim yang membayangkan kemungkinan pemain import kelahiran Ivory Coast itu beralih angin menyertai skuad Lang Merah.

“Kita dah buat tawaran (sambung kontrak) kepada Tchetche pada hari kita lepaskan pemain tetapi beliau nampaknya sudah miliki pasukan sendiri.

“Saya jangka Tchetche tidak akan kekal bersama TFC untuk musim 2020, begitu juga tonggak tengah, Chantha Bin yang memang tidak disambung kontrak,” katanya ketika dihubungi.

Tchetche dikhabarkan tidak akan menyarung jersi TFC musim depan. - Foto: Terengganu Football Club
Tchetche dikhabarkan tidak akan menyarung jersi TFC musim depan. - Foto: Terengganu Football Club

Tchetche yang bersama skuad Penyu sejak pertengahan musim 2017 pernah muncul sebagai penjaring terbanyak Piala Malaysia musim lepas dengan meledak sembilan gol.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, PBSNT juga sedang ‘mengintai’ pemain import berpotensi bagi melengkapkan lima kuota yang ditetapkan.

Menurut beliau, tugas tersebut akan diletakkan di bahu ketua jurulatih, Nafuzi Zain yang telah dilantik dalam mesyuarat tahunan Kongres PBSNT bulan lepas untuk membimbing skuad TFC musim hadapan.

Artikel Berkaitan:

“PBSNT enggan campur tangan dan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Nafuzi untuk mencari tonggak import yang difikirkan sesuai.

“Setakat ini, hanya Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov yang kekal bersama TFC dan kita yakin beliau (Nafuzi) sudah memiliki pilihannya (pemain import baharu) sendiri,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!