Xhaka akhirnya mengalah


Reaksi Xhaka ketika diejek penyokong Arsenal di Stadium Emirates Ahad lalu.
Reaksi Xhaka ketika diejek penyokong Arsenal di Stadium Emirates Ahad lalu.
A
A
A

KAPTEN Arsenal, Granit Xhaka akhirnya meminta maaf selepas beberapa hari mendiamkan diri ekoran sikapnya ketika menentang Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates Ahad lalu.

Sambil mendedahkan ejekan terhadap isteri dan anaknya menyebabkan dia hilang sabar, Xhaka turut mengakui dia bertindak sedemikian kerana kecewa dengan prestasinya.

“Saya tiada niat buruk dan saya ingin meminta maaf sekiranya para penyokong memikirkan sebaliknya. Insiden yang berlaku itu amat meninggalkan kesan mendalam.

“Saya amat menyayangi kelab dan sentiasa memberikan 100 peratus di dalam mahupun luar padang. Para penyokong tidak faham perasaan saya, dengan komen yang kesat di stadium termasuk di media sosial sejak kebelakangan ini, ia amat meninggalkan kesan mendalam terhadap saya,” katanya.

Dalam aksi yang berkesudahan seri 2-2 itu, Xhaka diejek penyokong sendiri sebaik dia dikeluarkan pada babak kedua.

Xhaka kemudian memberi respon dengan mengangkat kedua-dua belah tangannya sebelum dia menambahkan lagi situasi panas itu dengan meletakkan tangan di telinganya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!