Bina rumah tiga tingkat guna kontena

Breaux berjaya membina rumah impiannya berasakan kontena yang memiliki tiga tingkat dilengkapi dengan dek berbumbung.
Breaux berjaya membina rumah impiannya berasakan kontena yang memiliki tiga tingkat dilengkapi dengan dek berbumbung.
A
A
A

HOUSTON - Setiap individu pasti mempunyai mempunyai citarasa berbeza untuk memiliki rumah idaman.

Seorang pereka membina rumah impiannya menggunakan 11 kontena berukuran 2,500 kaki persegi.

Kediaman unik yang terletak di Houston, Amerika Syarikat itu mempunyai susunan kontena yang menjadikannya sebagai kediaman tiga tingkat lengkap yang turut mempunyai dek di atas bumbung.

Pemilik rumah tersebut, Will Breaux berkata, dia berhasrat membina kediaman itu pada awal tahun 2000 dan telah berusaha mencari orang yang mahir untuk namun tidak kesampaian sehingga dia mengambil keputusan membinanya sendiri.

Breaux telah mengidamkan untuk membinanya pada awal tahun 2000 namun telah berusaha mencari orang yang mahir untuk membuatnya namun tidak kesampaian sehingga dia mengambil keputusan untuk membinanya sendiri.

"Saya mendapat idea membina sebuah rumah kontena sebelum ia menjadi satu realiti. Mengapa kontena? Nah, idea di belakangnya agak mudah.

"Ini disebabkan kontena memiliki kekuatan yang sangat kuat, kalis api, tahan lama malah mempunyai ciri yang mampu bertahan daripada ribut taufan dan mempunyai ciri-ciri yang unik," tulisnya di blog miliknya.

Breaux bukan seorang yang mempunyai kepakaran membina rumah malah tidak mengetahui untuk membina sebuah rumah kontena namun dia nekad melakukannya.

Artikel Berkaitan:

"Perkara pertama saya lakukan ialah membuat lakaran 3D dan menghabiskan banyak masa untuk mempelajari pembinaan rumah daripada kontena. Akhirnya apa yang saya idamkan selama ini dapat saya miliki," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!