Dr Mahathir bertemu PM Thailand
BANGKOK - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bertemu rakan sejawatannya dari Thailand, Jeneral Prayuth Chan-o-cha, di luar Sidang Kemuncak Asean ke-35 dan Sidang Kemuncak berkaitan di sini.
Difahamkan dalam pertemuan yang berlangsung 45 minit di Pusat Konvensyen dan Pameran IMPACT itu, kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama termasuk keperluan untuk mengukuhkan usaha sama ekonomi dua hala.
Sebagai jiran terdekatnya, Thailand juga menzahirkan sokongannya terhadap industri minyak sawit Malaysia.
Prayuth yang dipilih sebagai Perdana Menteri selepas pilihan raya umum pada Jun juga berharap Malaysia turut sama menyokong industri getahnya.
Dr Mahathir tiba di sini Thailand semalam diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!