Guna motosikal seludup lima guni ketum

Ketum

Lelaki dan daun ketum yang dirampas.
Lelaki dan daun ketum yang dirampas.
A
A
A

PADANG BESAR - Kegiatan penyeludupan daun ketum menggunakan motosikal ketum terbongkar apabila seorang lelaki ditahan pihak berkuasa pada jam 6.30 petang tadi.

Komander Briged Utara, Polis Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta, Perak, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, anggota PGA turut merampas tiga motosikal.

Katanya, rondaan bermotosikal ketika Op Wawasan Kedah/Perlis, anggota PGA melalui kawasan ladang getah dan terserempak dengan beberapa lelaki sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota polis telah menghampiri kumpulan berkenaan dan memperkenalkan diri tetapi mereka bertindak melarikan diri.

"Bagaimanapun polis berjaya menahan seorang lelaki berbangsa Siam bersama lima guni putih dipercayai mengandungi daun ketum," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Ghani, lima guni daun ketum berkenaan bernilai RM32,550 dan kes akan disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!