[VIDEO] Lagu 'Hanya Rindu' tribute buat arwah rakan maut kemalangan

Rakan-rakan menangisi pemergian Allahyarham.
Rakan-rakan menangisi pemergian Allahyarham.
A
A
A

NUSAJAYA - Pemergian seorang sahabat akibat kemalangan jalan raya ditangisi seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Medini, Nusajaya di sini.

Menerusi perkongsian video di Twitter @Bangyeem, rakan-rakan menyanyikan lagu Hanya Rindu nyanyian asal penyanyi Indonesia, Andmesh, sebagai penghormatan kepada rakan mereka, Mohammad Shah Luqman Shahrir, 17, yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya pada 26 September lalu.

Video 'tribute' itu dipertontonkan sempena majlis graduasi berdurasi 2 minit 20 saat itu tular di laman sosial yang meraih lebih 328,000 tontonan.

"Sedih gila dengar kawan-kawan arwah menyanyi lagu untuk arwah.

"Arwah kena langgar lari balik dari gunting rambut untuk jadi imam solat hajat Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SPM di SMK Medini Nusajaya," ciap @Bangyeem.

Menerusi rakaman video amatur itu, beberapa rakan Allahyarham dilihat tidak mampu menahan air mata daripada terus mengalir tatkala menatap wajah kesayangan mereka.

Gambar kenangan Allahyarham (kanan) bersama sepupunya pada Hari Raya Aidilfitir lalu. - Foto Twitter @_kalmosh
Gambar kenangan Allahyarham (kanan) bersama sepupunya pada Hari Raya Aidilfitir lalu. - Foto Twitter @_kalmosh

Rata-rata netizen turut berduka dan berkongsi kesedihan apabila menonton video itu.

Artikel Berkaitan:

"Ya Allah sumpah sedih menangis beb tengok ni. Nampak keikhlasan mereka dalam persahabatan," ciap@cxkmy4xdru5.

Kata @ukhtijuwarnizah, "Tiba jatuh airmata. Semoga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan bersama para solihin dan diperluaskan alam barzakhnya. Sahabatnya hingga syurga," ciapnya.

Pada hantaran yang sama, kakak kepada Allahyarham @bahareznasab menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan adiknya.

"Terima kasih, alhamdulillah ramai yang mendoakan adik saya. Adik saya orang biasa sahaja tapi pemergiannya dirasai semua, yang melanggar dia adalah teksi.

"Arwah kena 'sondol' dalam perjalanan pulang dari gunting rambut dan kejadian berlaku sangat hampir dengan rumah kira-kira 1.2 kilometer lagi," ciapnya.

Dalam pada itu, sepupu Allahyarham sempat juga berkongsi gambar kenangannya bersama ketika menyambut Aidilfitri lalu.

"Terima kasih semua yang mendoakan sepupu aku, rupanya gambar ni gambar terakhir kita raya bersama.

"Dia berdiri seolah tahu yang dia akan pergi. Sampai sekarang masih tak sangka dan fikir ini semua mimpi. Al-Fatihah, Man semua sayang dan rindu kau," kata @_kalmosh.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!