Dalla Porta juara Moto3 GP Malaysia

Dalla Porta yang bermula dari grid ketujuh memenangi perlumbaan Moto3, GP Malaysia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. - Foto Bernama
Dalla Porta yang bermula dari grid ketujuh memenangi perlumbaan Moto3, GP Malaysia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PELUMBA Itali, Lorenzo Dalla Porta yang bermula dari grid ketujuh memenangi perlumbaan Moto3, MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang di sini hari ini.

Pelumba berusia 22 tahun mewakili pasukan Leopar Racing menamatkan perlumbaan dalam masa 38 minit 01.355 saat (s), 0.410s di hadapan pelumba Sepanyol Sergio Garcia (Estrella Galicia 0,0) dan 0.83s di hadapan pelumba di tempat ketiga, Jaume Masia (Mugen Race).

“Semalam saya bagi tahu media saya hanya mahu nikmati dan cuba untuk memenangi perlumbaan. Dan hari ini saya benar-benar nikmati perlumbaan ini dan memenanginya,” kata Dalla Porta.

Pelumba Britain, John McPhee yang mewakili pasukan tuan rumah Petronas Sprinta Racing 1.32s di belakang pendahulu menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh manakala rakan sepasukannya Ayumu Sasaki dari Jepun gagal menamatkan perlumbaan, selepas terlibat dalam kemalangan pada pusingan kelapan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!