Pesawat dinaiki PM Jepun alami kebakaran kecil
TOKYO - Satu kebakaran kecil dilaporkan tercetus pada pesawat kerajaan Jepun yang dinaiki Perdana Menteri, Shinzo Abe hari ini.
Ketika kejadian, Abe sedang dalam perjalanan ke Bangkok dengan menaiki pesawat Boeing 777-300ER untuk menghadiri Sidang Kemuncak Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
Menurut laporan Asahi Shimbun, kira-kira sejam selepas berlepas dari Tokyo, anak kapal membuat pengumuman tentang kebakaran kecil yang disebabkan oleh ketuhar dalam pesawat.
10 minit kemudian, satu lagi pengumuman dibuat untuk memberitahu kebakaran telah pun dipadam dan tiada asap atau sebarang bau dikesan. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!