Jerman sasar sejuta stesen pengecas kereta elektrik
BERLIN - Jerman perlu mempunyai sejuta stesen pengecas untuk kereta elektrik menjelang 2030, menurut Cancelor Angela Merkel dalam sebuah mesej video hari ini.
Cadangan itu diutarakan menjelang pertemuannya dengan industri kereta bagi membincangkan tentang bagaimana untuk mempercepatkan langkah ke arah penggunaan kenderaan yang dipacu oleh bateri.
"Untuk tujuan ini, kami ingin membangunkan sejuta titik pengecasan menjelang tahun 2030 dan industri terlibat perlu mengambil bahagian dalam usaha ini," katanya.
Setakat ini, Jerman mempunyai 20,000 stesen pengecasan awam.
Dalam pertemuan kali kedua Merkel dengan industri kereta, kedua-dua pihak akan memberi tumpuan kepada isu ini bagi menggalakkan alternatif petrol dan diesel termasuk kenderaan yang dikuasakan oleh sel bahan api hidrogen atau bateri. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!