PH akui bukan mudah menang di Tanjung Piai

Muhammad Nasir (kiri) menerima cenderamata daripada Muhammad sambil diperhatikan Wan Rahim (dua dari kanan).
Muhammad Nasir (kiri) menerima cenderamata daripada Muhammad sambil diperhatikan Wan Rahim (dua dari kanan).
A
A
A

KOTA BHARU - Pakatan Harapan (PH) mengakui bukan mudah untuk menang di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada 16 November nanti.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, jangkaan tersebut adalah berdasarkan momentum sentimen perkauman Islam-Melayu yang dimainkan oleh parti yang bertanding.

"(Sekarang ini) orang Cina kata DAP ini hanya menjadi kuda tunggangan Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri). Sebenarnya, kita buat keputusan secara konsensus, secara bersama, tiada siapa yang tunggang siapa.

"Isu perkauman ini dimainkan oleh semua pihak. Media sekarang juga agak bebas. Kita anggap kita sekarang berada di peringkat mendaki, bukan senang untuk menang di Tanjung Piai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menghadiri Majlis Makan Malam KAFA di sebuah hotel di sini.

Turut hadir, Presiden KAFA, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Pengerusi Penasihat KAFA, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, selain sentimen Islam-Melayu, percikan kekecewaan rakyat terhadap manifesto PH yang belum ditunaikan sepenuhnya turut mungkin mempengaruhi keputusan PRK nanti.

"Janji manifesto ini ada tempoh masanya, ada 10 tahun, lima tahun untuk dicapai. Namun kita akui penerangan daripada pihak kerajaan masih belum mencukupi (untuk meyakinkan rakyat)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!