Calon MCA janji hantar warga emas tunai umrah jika menang PRK

 Dr Wee Jeck Seng
Dr Wee Jeck Seng
A
A
A

PONTIAN - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berjanji mewujudkan semula program penghantaran warga emas kurang berkemampuan untuk menunaikan umrah sekiranya memenangi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai kelak.

Menurutnya, program itu pernah diwujudkan dengan kos pergi dan balik sekurang-kurangnya 10 warga emas kurang berkemampuan dari Parlimen Tanjung Piai menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah ditanggung beliau sepenuhnya.

"Saya juga ada buat satu program khas untuk masyarakat Melayu... ingat lagi tak saya dahulu ada hantar 10 warga emas untuk menjalani ibadat umrah di tanah suci Makkah?

"Saya anggap itu sebagai tanggungjawab wakil rakyat dan saya tanggung keseluruhan kos kerana ikhlas dan bukan tujuan politik.

"Saya juga boleh membuat komitmen dan janji kalau BN menang kali ini, kita mahu hantar lagi warga emas ke tanah suci," katanya sewaktu menyampaikan ucapan pengenalan diri sebagai calon MCA dari BN di program ceramah kelompok BN, Pekan Nanas malam tadi.

Dalam pada itu, Jeck Seng turut melahirkan rasa dukacita kerana kegagalannya mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurutnya, beliau sedih dirinya terpaksa dikorbankan pengundi muda Parlimen ini semata-mata hendakkan perubahan dalam pentadbiran kerajaan.

"Keputusan itu saya terima dengan hati terbuka meskipun memberi banyak bantuan kepada masyarakat Parlimen Tanjung Piai termasuk dana RM500,000 untuk peluang pendidikan tambahan pelajar Tingkatan Lima.

Artikel Berkaitan:

"Cuma kali ini saya minta mereka jangan tertipu lagi dengan janji-janji PH, sebaliknya setiap keluarga mesti menghasut anak kita berpolitik(menyokong BN) supaya kita dapat membantu mereka kembali, "katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!