Anjing setia tunggu tuan lemas di sungai

Mhee setia menunggu tuannya yang terjatuh dalam sungai dan lemas.
Mhee setia menunggu tuannya yang terjatuh dalam sungai dan lemas.
A
A
A

CHANTHABURI - Foto seekor anjing enggan berganjak dari sungai menunggu kepulangan tuannya yang dipercayai lemas meruntun jiwa ahli keluarga yang berada di sungai Chanthaburi, Thailand.

Somprasong Srithongkhum yang berusia 56 tahun dipercayai tergelincir dan anjing diberi nama Mhee setia menunggu di sebelah sepasang selipar milik tuannya.

Laporan Metro.co.uk, Mhee berusia enam tahun beberapa kali menyalak seolah-olah memanggil tuannya.

Sepupu mangsa dikenali, Somporn berkata, menjadi rutin harian Srithongkhum keluar namun malam sebelum kejadian dia kurang sihat.

"Hari ini saya melawatnya kalau dia mahu mendapatkan rawatan tetapi dia tiada di rumah. Saya mencari Srithongkhum yang kemudian ternampak Mhee duduk di sebelah selipar seolah-olah menunggu seseorang.

"Firasat saya mungkin sepupu saya terjatuh dalam sungai dan lemas. Lagipun dia tidak sihat.

"Polis turut mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Anggota penyelamat melakukan operasi menyelamat.
Anggota penyelamat melakukan operasi menyelamat.

Mhee kini dipelihara oleh keluarga Somporn.

Kisah itu tular di laman sosial dan netizen menyifatkan si mati dan anjing peliharaannya itu amat rapat dan sentiasa berkongsi suka dan duka bersama.

"Anjing itu amat setia dan ia membuatkan saya sedih,” kata Preechaya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!