Masa depan cerah kuasai bahasa Cina

Pelajar SJKC Yuk Chuen sentiasa diberi perhatian sewajarnya barisan guru meskipun kesemuanya berbangsa Melayu.
Pelajar SJKC Yuk Chuen sentiasa diberi perhatian sewajarnya barisan guru meskipun kesemuanya berbangsa Melayu.
A
A
A

CHANGKAT JERING - "Belajar di sekolah Cina dan fasih bahasa Cina bantu saya jadi pengurus, pengarah syarikat."

Demikian penjelasan bekas pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) Yuk Chuen, di sini, Abdul Hadi Md Yazid,53, yang kini turut mengambil inisiatif menghantar dua anaknya bersekolah di situ sejak lima tahun lepas.

Abdul Hadi yang tinggal di Taman Kaya, Taiping berkata, dia pernah bersekolah di SJKC Yuk Chuen pada tahun 1972 atas saranan ibu bapanya yang mahukan dia menguasai bahasa Cina.

"Hasilnya, saya kini mampu menuturkan bukan sahaja bahasa Cina dalam dialek Mandarin, malah bertutur dalam empat dialek Cina lain seperti Hokkien, Kwong Hu, Kiek dan Hakka.

"Kesan positif paling besar adalah saya pernah ditawarkan jawatan sebagai pengurus dan pengarah urusan sebuah syarikat perniagaan milik bangsa Cina yang saya kerja sebelum ini hanya disebabkan kemampuan saya berkomunikasi dalam bahasa Cina dengan sangat baik," katanya kepada media sewaktu ditemui di perkarangan SJKC Yuk Chuen, di sini hari ini.

Abduk Hadi berkata, dalam penelitiannya, keperluan penguasaan bahasa Cina kini sudah menjadi semakin mendesak dan semua pelajar bukan Cina wajib menguasainya demi kepentingan masa hadapan mereka.

Menurutnya, pihaknya tidak menidakkan kepentingan menjunjung bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, namun dunia peredaran zaman teknologi masa kini menyaksikan golongan bangsa Cina dan negara China sememangnya menguasai bidang ekonomi dan teknologi negara ketika ini.

Majoriti ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah di SJKC Yuk Chuen kerana menyedari kepentingan penguasaan bahasa Cina untuk kepentingan masa hadapan anak mereka.
Majoriti ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah di SJKC Yuk Chuen kerana menyedari kepentingan penguasaan bahasa Cina untuk kepentingan masa hadapan anak mereka.

Artikel Berkaitan:

"Jadi, kita harus bersikap positif dan mempunyai keinginan untuk menguasai bahasa Cina yang kini menjadi semakin penting dalam dunia perniagaan dan perkembangan teknologi moden.

"Saya sendiri secara peribadi mempunyai lebih ramai rakan dalam kalangan bangsa Cina dan senario ini bukan menunjukkan kita lupa asal-usul diri, tetapi membuktikan kita akan lebih dihormati sekiranya berkemampuan menguasai pelbagai jenis bahasa kaum lain di negara ini," katanya.

Sementara itu, seorang pelajar SJKC Yuk Chuen, Nurul Sulaimah Abdul Hadi,11, berkata, dia langsung tidak berasa kekok bersekolah di sini sejak Darjah Satu dan berasa sangat gembira memilih bersekolah aliran bahasa Cina.

Menurutnya, keputusan dia memasuki sekolah berkenaan atas saranan ibu bapa mahukannya menguasai bahasa Cina.

"Meskipun kami semua pelajar Melayu dan majoriti guru adalah bangsa Cina, namun mereka sangat komited mengajar dan membantu kami menguasa bahasa Cina dan mata pelajaran lain dengan cemerlang," katanya.

Seorang lagi pelajar, Nurhamiza Jafri Sham,10, dari Taman Aor Mesra, Taiping berkata, dia rasa sangat seronok bersekolah aliran Cina dan mempelajari bahasa Cina di sini.

"Meskipun banyak kawan-kawan memilih bersekolah aliran perdana, saya tiada masalah belajar di sini dan gembira kerana suasana pembelajaran sangat menyeronokkan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!